Peranan dan Fungsi Masjid Jamek kampung baru Kuala Lumpur
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 101
DISEDIAKAN OLEH:
Nama : Nor Amirah Syuhaida Bt Kasim
No Matrik : 2011891274
Kumpulan: BMD1Dh
PROGRAM:
Diploma Pengurusan Perniagaan
ISI KANDUNGAN
1. Isi kandungan
2. Abstrak
3. sejarah masjid kampung baru
4. carta organisasi
5. aktiviti dan kegiatan yang dilakukan.
Pendahuluan
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya,kerja kursus ini berjaya disempurnakan. saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Aziz kerana telah memberi peluang dan tunjuk ajar untuk saya bagi menyiapkan tugasan ini .Bagi menyempurnakan tugasan ini saya telah memilih untuk mengkaji SEJARAH DAN KEGIATAN MASJID JAMEK KAMPUNG BARU.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Ahli jawatankuasa Masjid Kampung Baru yang banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka yang berpengalaman dan mempunyai ilmu yang luas, mungkin saya tidak dapat menyiapkan Tugasan ini dengan sempurna.Ribuaan terima kasih juga kepada Ibu dan ayah kerana sokongan yang tak terhingga hingga siapnya tugasan ini.
Dalam tugasan ini,saya berjaya memperoleh maklumat mengenai sejarah kemunculan masjid dan kegiatan-kegiatan yang di lakukan sepanjang penubuhan masjid ini. Disamping itu juga saya telah didedahkan kepada cara penyediaan BLOG yang mana sebelum ini saya pelajari.
Tugasan ini telah membuka mata saya bertapa penting nya peranan sesebuah masjid di setiap kawasan.Bagi saya peranan masjid penting dalam Melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertaqwa kepada Allah Taala dan RasulNya serta melahirkan insan yang berdasarkan al-Qur'an dan As-Sunnah.ahli-ahli jawatankuasa setiap masjid berusaha dengan gigih untuk
| ||
ABSTRAK
FUNGSI DAN PERANAN MASJID
Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
Ketika Nabi memilih membangun masjid sebagai langkah pertama
membangun masyarakat madani, konsep masjid bukan hanya sebagai
tempat solat, atau tempat berkumpulnya kelompok masyarakat (kabilah)
tertentu. Selain itu , masjid juga disebut sebagai Rumah Allah
(Baitullah)
masjid pada zaman rasulullah berfungsi sebagai:
1. Sebagai tempat menjalankan ibadah solat
2. Sebagai tempat musyawarah
3. Sebagai tempat masyarakat membuat aduan dalam menuntut keadilan
4. Secara tak langsung sebagai tempat menjalankan aktiviti perniagaan.
Dari Anas bin Malik r.a., bahawasanya Rasullullah s.a.w bersabda, "Tidak berlaku hari kiamat, sehingga umat ku bermegah-megah dengan binaan masjid"(Hadis Riwayat Abu Daud).Masjid adalah rumah Allah s.w.t. Mengimarahkan masjid, adalah ibadah. Di masjid dengan amalan sembahyang berjemaah, darjat pahalanya diangkat 27 kali ganda berbanding solat secara individu.
Selaian itu , alquran juga menyebut mengenai masjid .Di dalam firman –Nya yang bermaksud :”Nur hidayah petunjuk dari Allah bersinar degan nyata terutama sekali di masjid sebagai tempat beribadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama allah padanya. Di masjid juga dikerjakan ibadat menyembah Allah pada waktu pagi dan petang (ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya , yang tak lalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat ; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan .” –(surah Al-Nur , ayat 36-37)
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.
Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.
Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam :
3. Masjid Daerah
4. Masjid Qaryah
Sejarah Masjid Kampung Baru
Masjid Jamek Kampung Baru atau ringkasannya MJKB yang terletak di atas sekeping tanah yang agak luas juga (kira-kira empat lot) di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur yang dianugerahkan oleh seorang dermawan Melayu bernama Haji Bachik bin Abdullah. Haji Bachik berasal dari Melaka dan mempunyai sebuah rumah di Jalan Melayu. Sebagai seorang pedagang yang menjawat jawatan sebagai ketua orang-orang Melayu pada ketika itu, bertumpu tinggal di Kampung Hujung Pasir.
Sebenarnya nama Kampung Baru wujud atas dasar penyatuan dari beberapa buah kampung Melayu atau mukim. Pada kira-kira tahun akhir 1880 terdapat tujuh buah kampung yang kedudukannya berdekatan antara satu dengan yang lain. Penyatuan kampung-kampung tersebut telah dilakukan tahap demi tahap kerana masing-masing penduduk mahukan pentadbiran itu harus diterajui oleh mereka sendiri. Misalnya Kampung Masjid telah menjadi sebahagian Kampung Baru pada tahun 1880, Kampung Periok pula dalam tahun 1890. Kampung Hujung Pasir telah masuk ke dalam Ikatan Perkampungan itu dalam tahun 1900. Dalam tahun-tahun berkutnya jelas kelihatan jumlah penduduk semakin bertambah.
Berita tentang kemakmuran penduduk-penduduk Kampung Baru telah diketahui umum khususnya oleh peniaga-peniaga yang berulang alik dari Kuala Lumpur ke Klang. Maka orang dari keturunan Jawa pula tidak mahu ketinggalan untuk mencari rezeki di Kampung Baru. Dalam tahun 1906 pula ramai orang-orang Jawa berhijrah ke Kampung Baru di suatu yang digelar Kampung Paya. Dalam tahun 1914 pula Kampung Periok diterima masuk dalam lingkungan Kampung Baru dengan pembahagian lot-lot tanah untuk tujuan penempatan.
Susunan penempatan semula ini telah diserahkan kepada Kerajaan oleh unit Perancang Bandar pada tahun 1929.
Kampung yang asalnya mempunyai 12 rumah di persisir Sungai Klang di sebelah Timur dalam awal tahun 1900, tiga puluh tahun kemudiannya telah menjadi tumpuan pendatang-pendatang dari Ulu Selangor, Kajang dan Klang. Misalnya dalam tahun 1930 di Kampung Baru terdapat 554 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 2600 orang. Jumlah ini meningkat kepada 615 buah rumah dan jumlah penduduknya seramai 3562 orang. Sehingga bulan Mei 1935, 750 lot telah dibahagikan bersama hakmilik sementara.
Di antara lot-lot tersebut terdapat lot kepunyaan Tuan Haji Bachik yang kemudiannya telah mewakafkan kepada Lembaga Pentadbir Kawasan Kampung di akhir tahun dua puluhan untuk didirikan sebuah surau. Dengan jerih payah penduduk maka terdirilah sebuah balai dari lantai dan tiang nibong yang kemudiannya telah ditukarkan menjadi surau. Di kawasan ini juga dijadikan tanah perkuburan bagi penduduk Kampung Baru ketika itu.
Sejak masa itu hingga kini, Masjid Jamek Kampung Baru telah menjadi tumpuan masyarakat kampung. Sebanyak tiga kali bangunan asal telah diruntuhkan. Pada kali yang ketiga masjid yang berbentuk seperti rumah Melaka telah diganti bangunan baru dengan memohon derma dari setiap kelamin penduduk kampung sendiri iaitu dengan mengenakan RM60.00 bagi setiap kelamin dan pembayaran boleh dibuat secara beransur-ansur. Hingga tahun 1955 jumlah kutipan yang dibuat dengan cara itu telah dapat mengumpulkan sebanyak RM30,000.00. Oleh kerana kutipan itu di anggap lambat, satu jawatankuasa yang baru telah ditubuhkan untuk menjalankan kempen mengutip derma dengan lebih aktif lagi. Akhirnya Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM90,000.00 dan sekiranya terdapat kekurangan, orang ramai diminta meneruskan derma baktinya. Maka dengan kehendak Allah, Masjid Kampung Baru telah terdiri dengan belanja sebanyak RM214,000.00 yang mana perletakan Batu Asas Binaan telah disempurnakan oleh YTM Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada tahun 1956 .
Hari ini, Masjid Jamek Kampung Baru terpaksa menampung lebih dari 7000 orang jamaah setiap hari Jumaat. Dan pada waktu sembahyang tidak kurang dari 500 orang berjamaah. Jumlah ini bertambah dari hari ke hari. Sebagaimana biasa kuliah tetap diadakan setiap malam selepas Maghrib sementara kuliah Subuh pula diadakan selepas Subuh hingga pukul 7.00 pagi setiap hari. Kuliah Subuh mula diadakan pada awal tahun enam puluhan lagi oleh tuan-tuan guru antaranya Allahyarham Anuar Mussadad dan Allahyarham Tuan Haji Kiai Fathullah Harun dan disambung oleh tuan-tuan guru lain seperti Allahyarham Tuan Haji Mohd Tahir bin Jaafar, Allahyarham Tuan Haji Osman bin Mohd Noor (bekas Kadi Kuala Lumpur), Allahyarham Ustaz Haji Ahmad bin Ramli dan guru-guru yang lain hinggalah ke masa ini.
Masjid ini secara fizikalnya berukuran 69,665 kaki persegi atau 6,472 meter persegi. Kapasiti untuk menampung jamaah dalam anggaran 7,000 orang jamaah dalam satu-satu masa terutamanya pada hari Jumaat.
Masjid Jamek Kampung Baru ini juga dilengkapi dengan Dewan Solat Muslimin dan Muslimat, Pejabat Pentadbiran, Bilik Mesyuarat, Bilik Tetamu, Bilik Imam & Bilal, Bilik Pengurusan Jenazah, Ruang Dapur dan Perpustakaan. Dewan Solat Muslimin dan Muslimat yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin turut memberi keselesaan kepada para jamaah yang berkunjung.
Selain itu juga, terdapat Pusat Didikan Kanak-kanak Islam atau Tadika Islam Masjid Jamek Kampung Baru yang mampu menempatkan 150 orang murid sahaja, 5 kelas dalam satu sesi 8.00 pagi – 11.00 pagi. Tadika MJKB ini mendapat sambutan amat baik di kalangan ibubapa dari segi pendaftaran masuk anak-anak mereka yang berumur 5 hingga 6 tahun yang terdiri daripada anak-anak kariah Kg Baru sendiri dan luar kariah Kg Baru. Tadika Masjid Jamek Kampung Baru ini juga pernah menerima anugerah Tadika Cemerlang peringkat Wilayah Persekutuan pada tahun 2004 dan 2005 selain Ketua Guru Cemerlang 2001, Guru Cemerlang 2004. Selain Tadika ini juga turut mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang pelajaran iaitu 85 % hingga 98 % dalam gred A hingga C. Pernah menjuarai Pertandingan Mengaji Al Quran sebanyak 4 kali, Pertandingan Nasyid dan Duga Akal, masing-masing 4 kali dan 3 kali.
Carta Organisasi
Carta organisasi Staff Majid kampung baru
Organisasi : Perkhidmatan
Masjid Jamek Kampung Baru juga berinisiatif memberi perkhidmatan kepada anak-anak kariah Kg Baru khususnya dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah iaitu :-
1.Penyertaan sebagai Ahli dalam Badan Khairat Kematian Masjid Jamek Kg Baru
2. Perkhidmatan Van Jenazah
3. Sewa Dapur dan Alatan Memasak
4. Sewa Rumah Penginapan Sementara
Sumber Kewangan Masjid
Sumber kewangan Masjid Jamek Kampung Baru diperolehi daripada :-
1. Kutipan Jumaat /Derma org ramai
2. Sewa premis perniagaan
3. Sewa Lot Gerai
4. Sewa Rumah Masjid
5. Derma perseorangan / badan korporat
6. Sewa Periuk dan Alatan Memasak
Aktiviti
Aktiviti Yang di sediakan Di Masjid Kampung Baru
1. Kuliah Subuh
Aktiviti : Bulan Ramadhan
Aktiviti-aktiviti di Bulan Ramadhan Al Mubarak Sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak, Masjid Jamek Kampung Baru menjadi tumpuan orang ramai, sebagaimana tradisi pihak pengurusan MJKB menyediakan juadah istimewa berbuka puasa iaitu Bubur Lambok Agong Masjid Jamek Kampung Baru yang masyhur seantero Malaysia. Pihak Jawatankuasa Bubur Lambok Agong Masjid Jamek Kampung Baru ini juga turut menerima tajaan untuk majlis-majlis tertentu daripada Kementerian-Kementerian dan Badan-Badan Kerajaan serta Badan-Badan Korporat dari seluruh Malaysia. Antaranya tajaan dari Jabatan Pelancongan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Kekkwa), Kerajaan Negeri Sabah dan lain-lain. Bubur Lambok yang mendapat nama rasmi Bubur Lambok Agong Masjid Jamek Kampung Baru sempena dengan Kunjungan SPB YDP Agong ke XI ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri pada tahun 2000. Sejak dari itu, nama Bubur Lambok Agong memang sinonim dengan Masjid Jamek Kampung Baru. Setiap tahun di bulan puasa, pihak pengurusan menyediakan 10 periuk besar bubur untuk diagihkan kepada orang ramai yang datang untuk mendapatkannya. Keistimewaan Bubur Lambok Agong adalah dari cara penyediaannya yang berbeza serta penggunaan rempah ratusnya malah juga dari berkat derma/sumbangan orang ramai.
Aktiviti-aktiviti lain adalah :-
1. Majlis Berbuka Puasa (sepanjang bulan puasa)
2. Solat Tarawih
- dipimpin oleh 2 orang Imam dari Masjidil Haram yang didatangkan khas untuk mengimamkan solat Tarawih di sepanjang bulan puasa
- dipimpin oleh 2 orang Imam dari Masjidil Haram yang didatangkan khas untuk mengimamkan solat Tarawih di sepanjang bulan puasa
3. Tadarus Al Quran
4. Qiamulai -20 malam keatas
5. Agihan bubur lambok agong kepada orang ramai sepanjang bulan puasa
6.Majlis Nuzul Al Quran
- memasak Bubur Lambok Agong dengan kerjasama Masjid Berkembar, Masjid Al Jamiul Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang
- memasak Bubur Lambok Agong dengan kerjasama Masjid Berkembar, Masjid Al Jamiul Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang
7.Penyerahan sumbangan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.
7. Aktiviti : Lain-lain
Selain itu, aktiviti Masjid Jamek Kampung Baru juga tidak tertumpu kepada pengajian agama sahaja bahkan sebagai institusi atau pusat yang menganjurkan :-
1. Tempat Nikah Kahwin
- mempunyai 2 orang Penolong Pendaftar/Jurunikah yang bertauliah
- mempunyai 2 orang Penolong Pendaftar/Jurunikah yang bertauliah
2. Forum/Forum Perdana
3. Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Solat Hajat
- setiap Khamis Malam Jumaat
- setiap Khamis Malam Jumaat
4. Zikir Ratib Al Hadad
- setiap Khamis Malam Jumaat
- setiap Khamis Malam Jumaat
5. Kursus Bimbingan & Motivasi untuk belia dan pelajar sekolah
6. Kursus Pengurusan Jenazah
7. Majlis Bacaan Yassin untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM, PMR dan UPSR
8. Kursus Pengukuhan Ibadah & Fardhu Ain
9. Ceramah Agama sempena Hari-Hari Kebesaran Islam
KEGIATAN MASJID
majlis ibadah qurban dan aqiqah
Majlis Ibadah Qurban & Aqiqah telah dianjurkan oleh Masjid Jamek Kg Baru
PENUTUP
Secara keseluruhannya , masjid merupakan rumah Allah dan tempat yang amat penting bagi umat islam . Fungsi dan masjid adalah penting walaupun pada masa kini peranan masjid sudah jarang dilakukan . Masjid harus melakukan peranan-peranan tersebutyang disesuaikan dengan keadaan dan keperluan masa .Paling tidak melalui huraian para pembinanya guna mengarahkan umat pada kehidupan duniawi dan ukhrawi yang
lebih berkualiti.Apabila masjid dituntut berfungsi membina umat, tentu sarana yang dimilikinya harus tepat, menyenangkan dan menarik semua umat, baik dewasa, kanak-kanak, tua, muda, lelaki, wanita, yang terpelajar mahupun tidak, sihat atau sakit serta kaya dan miskin.
Daripada apa yang dibincangkan ini, dapat disimpulkan bahawa peranan dan fungsi masjid mempunyai nilai
kesejagatan. Ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini.Melaksanakan penubuhan satu jabatan yang menguruskan pentadbiran masjid merupakan satu keperluan asas masa kini agar pengurusan masjid menjadi lebih saksama, teratur, rapi dan berkesan.Akhir sekali , masyarakat dipanggil untuk memahami lebih mendalam tentang peranan dan fungsi masjid agar usaha masjid untuk membentuk individu dan masyarakat serta negara ke arah penghayatan Islam, terlaksana dengan jayanya . Abdullah Bin Abbas r.a pernah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , “sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu yang menghalang(uzur) daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang dikerjakannya itu tidak akan diterima,”Para sahabat bertanya, “Apakah uzur itu?” Jawab Rasulullah s.a.w. “takut atau sakit .” –Riwayat Iman Abu Daud dan Ibnu Hibban . Ini menunjukan peranan masjid sebagai tempat menunaikan solat berjemaah , iaitu sunat muakkad(sunat yang dituntut di dalam islam).
lebih berkualiti.Apabila masjid dituntut berfungsi membina umat, tentu sarana yang dimilikinya harus tepat, menyenangkan dan menarik semua umat, baik dewasa, kanak-kanak, tua, muda, lelaki, wanita, yang terpelajar mahupun tidak, sihat atau sakit serta kaya dan miskin.
Daripada apa yang dibincangkan ini, dapat disimpulkan bahawa peranan dan fungsi masjid mempunyai nilai
kesejagatan. Ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini.Melaksanakan penubuhan satu jabatan yang menguruskan pentadbiran masjid merupakan satu keperluan asas masa kini agar pengurusan masjid menjadi lebih saksama, teratur, rapi dan berkesan.Akhir sekali , masyarakat dipanggil untuk memahami lebih mendalam tentang peranan dan fungsi masjid agar usaha masjid untuk membentuk individu dan masyarakat serta negara ke arah penghayatan Islam, terlaksana dengan jayanya . Abdullah Bin Abbas r.a pernah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , “sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu yang menghalang(uzur) daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang dikerjakannya itu tidak akan diterima,”Para sahabat bertanya, “Apakah uzur itu?” Jawab Rasulullah s.a.w. “takut atau sakit .” –Riwayat Iman Abu Daud dan Ibnu Hibban . Ini menunjukan peranan masjid sebagai tempat menunaikan solat berjemaah , iaitu sunat muakkad(sunat yang dituntut di dalam islam).
RUJUKAN
Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.





No comments:
Post a Comment